Malaysia

Prototaip kereta nasional ketiga sudah siap – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Prototaip projek kereta nasional ketiga sudah siap namun tidak akan dipamerkan kepada orang ramai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, projek tersebut hanya menunggu pelabur yang berminat untuk melaksanakannya.

Jelas beliau, sebagai kereta pada masa akan datang, projek kereta nasional itu dilengkapi teknologi baharu agar kompetitif di pasaran.

“Kita ada kapasiti dan memerlukan pelaburan. Sekarang kerajaan tidak akan melabur, kita jemput pelabur.

“Jadi kita akan minta sektor swasta yang berminat dan melabur serta menghasilkan kereta.

“Kereta tersebut bukan hanya akan dipasarkan di Malaysia tetapi juga di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Dasar Ekonomi Nasional 2020 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Ditanya projek kereta nasional ketiga itu akan melibat syarikat dari Jepun, Mahathir berkata, kerajaan bebas untuk berkerjasama dengan semua syarikat dari seluruh dunia.

Jelas beliau, hari ini teknologi hebat bukan sahaja datang dari Jepun malah dari China dan Korea serta negara Eropah. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close