MalaysiaUncategorized

Anwar calon Perdana Menteri PH

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Ketetapan itu diumumkan dalam sidang media khas Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Anwar dan barisan kepimpinan DAP serta PAN iaitu Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu.

Turut hadir veteran DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin kanan ketiga-tiga parti.

Sidang media yang sepatutnya dibuat pada pukul 4.30 petang ditangguhkan bagi menunggu perutusan khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Anwar berkata keputusan itu dicapai dalam Majlis Presiden semalam kerana  Dr Mahathir telah meletakan jawatan sebagai Pengerusi PH dan tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun
tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.

“Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial. Kami tidak akan mengkhianati amanah ini,” katanya.

Dalam pada itu, PH sebulat suara tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.

Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang, membuatkan Dr Mahathir meletakan jawatan sebagai PM.

“Keputusan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai pengerusi Bersatu.

“Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat
Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018.

“Di atas asas ini lah Pakatan Harapan dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close