Malaysia

UDA Holdings sahkan Ahli Lembaga Pengarahnya dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) mengesahkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarahnya (ALP) disahkan positif coronavirus (COVID-19) selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan identiti ALP berkenaan, UDA Holdings dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu berkenaan telah dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

“Berdasarkan perkara di atas, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit. UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

“Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UDA turut komited menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan kes ini khususnya dalam kalangan warga kerja UDA.

“Usaha ini diambil demi mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan.

Langkah pencegahan turut diperkemaskan di UDA termasuk di bahagian anak syarikat seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak ini,” katanya.

Pihak pengurusan UDA turut menegaskan bahawa tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa.

Katanya, pihak AHKL juga telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk kerja-kerja membersihkan seluruh kawasan hotel.

“Pihak UDA & AHKL juga akan terus mengamalkan langkah proaktif itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close