Tech
‘Akhirnya!’ WhatsApp lancar mod gelap

“AKHIRNYA!”
Itu reaksi netizen selepas aplikasi perkhidmatan pesanan WhatsApp melancarkan mod gelap atau dark mode.

Ia selepas Twitter, Instagram dan YouTube sebelum ini melancarkan mod gelap buat pengguna media sosial itu.
Rata-rata mereka gembira dengan mod gelap itu walaupun ia dikatakan mengambil masa yang lama walaupun selepas sistem media sosial yang lain sudah melancarkannya terlebih dahulu.