MalaysiaPolitic

Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur – Mufti Perlis

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu pertemuan di kediaman Muhyiddin semalam. NSTP/Facebook DRMAZA

KUALA LUMPUR: Rakyat mahu kerajaan dianggotai menteri yang jujur, cekap dan tidak memusuhi perkara asas dalam negara terutama Islam serta tidak membuat kenyataan yang memperbodohkan mereka.

Perkara itu antara dibincangkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkunjung ke kediaman pemimpin negara itu, semalam.

Mohd Asri berkata, apa yang menggembirakan adalah beliau dimaklumkan Perdana Menteri bahawa senarai anggota kabinet nanti dalam kalangan mereka melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Saya juga dimaklumkan beliau meminta setiap yang akan menganggotai kabinet tidak membuat dakwaan palsu terhadap sijil yang dimiliki.

“(Sebaliknya) setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang diperoleh,” katanya dalam hantaran di media sosial Facebooknya, hari ini.

Mohd Asri berkata, beliau juga memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa jika anggota kabinet bersih daripada rasuah dan berkualiti, ia menjadi hujah yang kuat.

Katanya, beliau bersama rakyat lain menanti berita baik dan menyokong kerajaan baik demi kepentingan agama serta negara.

“Saya bersama bersama rakyat marhaen lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” katanya.

Source
BeritaHarian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close