MalaysiaPolitic

Tiada keperluan lantik TPM, empat menteri kanan bantu tugas PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan ke arah pengamal media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan jemaah Menteri yang baru di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Empat Menteri Kanan dilantik bagi membantu menyelaraskan hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Mereka ialah:

  1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
  2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan
  3. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan
  4. Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya

“Pelantikan menteri-menteri kanan itu akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Ringkasnya saya ingin membentuk sebuah Kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a Cabinet that delivers,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap dalam sidang media pengumuman Kabinet, Muhyiddin berkata, menteri-menteri kanan itu juga akan membantunya menjalankan tugas beliau sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaannya dalam negara.

“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazzete
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close