InfoMalaysiaPolitic

Bertaqwalah dengan jawatan anda, pesan Mujahid kepada Zulkifli

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri beramah mesra selepas Program Hari Terbuka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Dewan Tan Sri Datuk Setia Dr. Ibrahim Lembut, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Seri Mujahid Yusof mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pelantikannya dalam Kabinet.Mujahid berkata, beliau yakin Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan olehnya semasa memegang jawatan menteri sebelum ini.“Ini kerana sepanjang usaha ini digerakkan bawah PH beliau tahu hati budi saya di sebalik fitnah yang tersebar.“Bertaqwalah dengan jawatan anda!” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.Dr Zulkifli diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator esok merupakan mufti pertama dilantik menteri penuh. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close