JenayahKESIHATANMalaysia

COVID-19: Pembasmi kuman tiruan dijual dalam talian

KANGAR: Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) mengesan ada pihak tidak bertanggungjawab menjual pelbagai produk pembasmi kuman tiruan dijual secara dalam talian.

Presidennya, Che Hassan Che Johan, berkata kegiatan itu dikesan selepas pihaknya mendapat laporan ada pengguna mengalami alahan pada kulit tangan selepas menggunakan cecair pembasmi kuman berkenaan.

Katanya, pengguna terbabit mendakwa kulitnya menjadi kering dan menggelupas akibat menggunakan cecair dibeli melalui peniaga di media sosial.

“Kita khuatir jika lambakan produk yang tidak dapat dipastikan kelulusan Kementerian Kesihatan dijual secara berleluasa hingga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.

“Produk dijual pada harga RM9.30 sebotol ini boleh didapati dengan mudah di dalam talian dan kita menasihatkan orang ramai peka dalam mengenalpasti produk cecair pembasmi kuman sama ada diiktiraf atau tidak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Che Hassan berkata, pihaknya mengecam tindakan tidak beretika itu dan meminta peniaga tidak mengambil kesempatan menjual produk tiruan ketika pengguna memerlukannya.

“Pengguna mengalami nasib sama diminta membuat laporan kepada pihak berkaitan untuk memudahkan siasatan,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close