Covid-19KESIHATANMalaysia

COVID-19: Selangor catat kes tertinggi, tindakan PKPD mungkin diambil

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan beberapa kawasan di Selangor akan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia selepas pihaknya mendapati terdapat satu atau dua kawasan di Selangor mempunyai taburan jangkitan tertinggi.

“Kita sekarang ini kalau dilihat kepada taburan jangkitan tertinggi adalah di Selangor… yang kita lihat terdapat kawasan atau zon tertinggi (kes jangkitan).

“Satu atau dua zon di Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana yang kita ambil di Simpang Renggam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close