
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) kini sedang melakukan kajian bagi menguji keberkesanan alat itu. – BERNAMA
PUTRAJAYA: Belum ada bukti secara klinikal terowong sanitasi berkesan untuk membasmi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata, pihaknya di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) kini sedang melakukan kajian bagi menguji keberkesanan alat itu.
“Setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan terowong sanitasi ini berkesan (untuk menyahkuman).
Kita sedang melakukan kajian, dan berharap kita akan dapat datanya nanti,” katanya di sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.