Malaysia

Zon merah kekal 26 kawasan, Lembah Pantai catat kes tertinggi

KUALA LUMPUR – Kawasan daerah yang dikategorikan sebagai zon merah masih kekal 26 kawasan setakat tengahari semalam.

Bagaimana, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes positif Covid-19 masih meningkat sebanyak 153 kes menjadikan jumlah terkini sebanyak 4,683 kes

Lembah Pantai terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 dengan 496, manakala Hulu Langat dan Petaling Jaya di Selangor masing-masing merekodkan 388 dan 356 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 221 kes.

Klang pula mencatatkan peningkatan 13 lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan di kawasan itu sebanyak 172 kes, Gombak 132, dan Sepang dengan 66 kes, Hulu Selangor 48 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Kluang 193, Seremban 219, Johor Bahru 177, Kepong 121, Titiwangsa 115 kes, Kinta 94, Kota Bharu 89, Tawau 71, Hilir Perak 64, Cheras 71, Jerantut 70, Rembau 53, Kuantan 80, Batu Pahat 51, Putrajaya 52, Jasin 68, Kota Samarahan 49 kes, dan Melaka Tengah 48.

Sementara itu dalam 15 kawasan yang dikategorikan jingga pula, enam kawasan semakin menghampiri zon merah antaranya Muar dengan 40 kes, Lahad Datu 38 kes, Seberang Perai Tengah 38, Kota Kinabalu 37, dan masing-masing 35 kes di Kulai, Johor dan Kuala Muda, Kedah.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes. -MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close