Malaysia

Penurunan kes bukan bererti perjuangan lawan Covid-19 selesai

PUTRAJAYA – Masyarakat diharap tidak menyalahertikan jumlah penurunan kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari ini dengan mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun perkembangan terbaharu ini dilihat positif, namun perjuangan seluruh rakyat untuk memerangi virus maut itu masih belum selesai.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga khuatir sekiranya penurunan jumlah kes beberapa hari ini disalaherti serta membuat masyarakat alpa lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.

“Perjuangan kita belum selesai,” katanya pada sidang media harian mengenai penularan Covid-19 hari ini.

Berikutan itu, Noor Hisham menasihatkan agar rakyat Malaysia terus mematuhi PKP dan berada di rumah masing-masing serta mengamalkan penjarakan sosial selain memastikan tahap kebersihan diri sentiasa optimum.

“Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan,” katanya lagi.

KKM rekodkan kes positif baru Covid-19 sebanyak 69 semalam manakala hari ini pula ialah 54 kes.

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close