InfoMalaysia

Trafik Gua Musang ke KL terkawal

KESESAKAN Jalan Gua Musang ke Kuala Lumpur belum serius dan masih terkawal walaupun pejabat kerajaan beroperasi semula mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, penjawat awam yang bertugas di pantai barat khususnya Lembah Klang tidak bergerak sekaligus ke tempat kerja.

Sebaliknya, kata beliau, mereka yang terkandas di kampung ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) akan pulang semula secara berperingkat.

Katanya, keadaan itu tidak memberi kesan mendadak kepada kesesakan jalan raya terutama laluan Kuala Krai-Gua Musang dan Kuala Lipis.

“Lagipun, kerajaan ketika dalam pengumumanya tidak mendesak penjawat berlumba-lumba mengejar masa ketempat kerja elak berlaku kesesakan itu.

“Memang ada berlaku pertambahan kenderaan di jalan raya laluan ke Kuala Lumpur tetapi masih terkawal,” katanya hari ini.

Mohd Taufik berkata, dalam masa yang sama pihaknya belum bercadang untuk menghentikan sekatan jalan raya di tiga tempat jalan utama daerah ini.

Katanya, beliau tetapi meneruskan sekatan jalan raya itu walaupun kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan tempoh PKP Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, tiga tempat sekatan jalan raya itu termasuk di Kampung Tanah Puteh Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di Kampung Panggong Lalat Jalan Gua Musang-Lojing dan di Kampung Lembaga Jalan Gua Musang-Jeli.

“Kita terus melakukan pemeriksaan keatas semua kenderaan yang keluar masuk melalui jalan itu kerana daerah ini berada dalam zon kuning,”katanya.

Katanya, daerah ini sebelum ini mencatat dua positif Covid-19 tetapi sudah pulih selepas menerima rawatan.

“Walau bagaimanapun pemeriksaan di sekatan jalan raya masih dilakukan secara teliti. Masyarakat harus terima kerana ia sebahagian daripada tugasan kita,”katanya.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close