Covid-19InfoMalaysia

Zon merah meningkat

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyembur pembasmi kuman ketika operasi nyah cemar di Pasar Borong Kuala Lumpur yang merupakan zon merah. – NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Daerah zon merah COVID-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan kawasan, setakat 12 tengah hari semalam.

Ia berikutan Daerah Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan terbaru adalah sebanyak 52 kes.

Daerah berkenaan diletakkan sebagai zon kuning pada Ahad, selepas mencatatkan 39 kes namun ia meningkat semula pada semalam.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan lima negeri bebas kes Covid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 6,353 kes dengan 1,764 kes aktif yang masih dirawat.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close