
HEBAHAN: SALURAN ADUAN KETIDAKPATUHAN SOP PKPB
Setakat hari ini, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia telah membuat sebanyak 54,739 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Sekiranya terkesan sebarang ketidakpatuhan SOP PKPB di kawasan anda, sila laporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti dalam infografik berikut.