Covid-19Malaysia

16 kes baru, terendah dalam tempoh 2 bulan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 16 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, iaitu angka terendah dalam masa dua bulan.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes serendah itu adalah sebelum penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bilangan kes terendah seterusnya adalah pada 12 Mac lalu dengan sembilan kes.

Noor Hisham memaklumkan sembilan daripada 16 kes baru hari ini melibatkan warga asing.

“Daripada 16 kes baru yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 110 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 5,223 kes, iaitu 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 1,410 kes.

Seramai 16 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru melibatkan pesakit Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close