JenayahMalaysia

8 orang ditahan SPRM, buat tuntutan palsu

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi lapan lelaki termasuk seorang warga Filipina ke Mahkamah Majistret bagi mendapat perintah tahanan reman atas tuduhan berpakat dengan syarikat pembekal untuk mengemukan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin yang berjumlah lebih RM186,000. – Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Lapan kakitangan kejuruteraan di sebuah kilang dekat sini termasuk dua pengurus direman bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu dianggarkan bernilai lebih RM186,000.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi, selama tujuh hari bermula hari ini hingga 20 Mei.

Kesemua suspek berusia antara 39 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, kesemua suspek yang berpakaian biasa diiringi pegawai dan anggota SPRM tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, suspek ditahan di Kulim Hi-tech dan di Pejabat SPRM negeri antara jam 10.30 pagi semalam hingga 10 malam tadi.

Mereka yang juga kakitangan kejuruteraan sebuah kilang yang juga anak syarikat milik kerajaan dipercayai berpakat bersama syarikat pembekal bagi mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin berjumlah lebih RM186,000.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu antara Ogos sehingga Oktober 2019, namun tiada alat ganti dibekalkan kepada kilang berkenaan.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close