Covid-19KESIHATANMalaysia

SOP rumah ibadat akan dibentang

CADANGAN prosedur operasi standard (SOP) untuk penganut agama lain menjalankan aktiviti keagamaan mereka akan dibentangkan esok atau selewat-lewatnya Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada membenarkan rumah ibadat lain beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diputuskan selepas memperhalusi cadangan berkenaan.

“Kita berbincang perkara ini kerana agama lain juga dihalang dari segi melakukan ibadah mereka secara berkumpulan, waktu masjid tidak dibenarkan maka gereja, kuil dan sebagainya juga tidak dibenarkan beroperasi.

“Oleh kerana sudah ada kelonggaran sedikit untuk masjid jadi mereka juga mohon supaya diberi kelonggaran dan mengikut SOP ditetapkan,” katanya mengulas kebenaran rumah ibadat lain beroperasi selepas masjid dan surau dibenarkan bermula hari ini.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama

Katanya, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique diarahkan Kabinet untuk melihat perkara itu dan berbincang dengan kepimpinan wakil lima agama berkaitan.

“Lima agama itu ialah Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Taoisme.

“Jadi menteri perpaduan akan bincang dengan wakil mereka dan saya difahamkan menteri perpaduan sama ada (akan) bentangkan cadangan mereka pada esok dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri atau selewat-lewatnya Selasa depan.

“Selepas itu kita akan buat keputusan,” katanya.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close