MalaysiaSetempat

Lori tangki muatan diesel musnah terbakar

Lori tangki membawa muatan minyak musnah akibat kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 35.8 Lebuhraya KESAS menghala ke Shah Alam/Subang

SEBUAH lori tangki membawa muatan diesel musnah terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 35.8 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala Shah Alam, di Subang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.34 tengah hari.

“Seramai 17 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan 20,000 diesel.

“Kenderaan itu dipercayai terbabit kemalangan menyebabkannya terbalik sebelum terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira satu jam kemudian.

“Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri, namun difahamkan dia mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close