MalaysiaSetempat

Macam-macam alasan ada

MAHU ambil buluh lemang di Segamat untuk dijual di Pahang. Demikian antara alasan diberikan individu yang cuba melakukan perjalanan rentas negeri dari Johor tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebanyak 256 permohonan diterima menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Namun katanya, hanya 201 permohonan diluluskan di empat balai polis termasuk Balai Polis Mersing, Sungai Ambat, Jemaluang dan Endau serta Ibu Pejabat Polis Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Sehingga kini, 65 kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai permit, selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ada yang lebih daripada empat orang bukan sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing (tengah) mengadakan lawatan di SJR Rentas Negeri di Kilometer 1, Jalan Jalan Endau-Rompin, Mersing. FOTO NURUL AMANINA SUHAINI
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing (tengah) mengadakan lawatan di SJR Rentas Negeri di Kilometer 1, Jalan Jalan Endau-Rompin, Mersing. FOTO NURUL AMANINA SUHAINI

“Pada hari raya pertama di sempadan Johor-Pahang ini, kita jangkakan tidak sesak kerana tidak ada sebarang permit dikeluarkan polis untuk rentas.

“Seramai 158 pegawai dan anggota ditugaskan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) termasuk dua di Jemaluang dan Endau,” katanya katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di SJR Rentas Negeri di Kilometer 1, Jalan Jalan Endau-Rompin, Mersing hari ini.

Cyril berkata, orang ramai disarankan mematuhi SOP bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close