#kitajagakita

Limau Nipis Di Jalanan

#PKPB #COVID-19

POSTING PILIHAN: #KitaJagaKita

Semasa dalam #OpCovid19, pasukan pemantau Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah terserempak dengan sebuah motosikal berpatah balik dalam keadaan tergesa-gesa. Rupa-rupanya insan tersebut ingin mengutip semula limau nipis dibawanya yang bertaburan atas jalan raya. Ada yang dilenyek oleh kenderaan yang lalu lalang.

Bukan hanya simpati, namun “empathy” terhadap beliau, pasukan pemantau secara spontan membantu beliau mengutip semula limau nipis tersebut. Menurut insan tersebut, beliau risau jika gajinya akan dipotong akibat kerugian limau nipis yang berteraburan itu. Limau nipis tersebut bernilai RM3.00 sekilogram dan beliau kuatir tidak mampu untuk menanggung kerugian terhadap 20 kilogram limau nipis yang dibawanya itu.

Kejadian tersebut menginsafi diri, kadang kala kita leka, ada insan masing-masing dengan usaha, cara, kesusahan dalam mencari rezeki. Semoga rezekinya diperluaskan.

Sumber: Facebook JSJ Kontinjen Pahang

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Source
FB : JSJ Kontinjen PahangFB : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close