MalaysiaSetempat

Trafik lancar, pergerakan kenderaan meningkat di PLUS dan Karak

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di Lebuhraya PLUS dan Karak. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Aliran trafik di lebuh raya dan jalan-jalan utama di seluruh negara lancar pada hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di Lebuhraya PLUS dan Karak.

“Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya pada sidang media harian di sini pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah 11 individu ditahan dan direman polis pada Jumaat akibat kesalahan ingkar arahan PKPP. 

Selain itu, polis turut mengeluarkan kompaun kepada empat individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close