#kitajagakitaCovid-19InfoMalaysia

Sidang media Covid-19 tak lagi dibuat setiap hari

PUTRAJAYA – Melihat kepada perkembangan semasa situasi jangkitan kes Covid-19 di negara sekarang, Ketua Pengarah Kesihatan memberi bayangan sidang media hariannya mungkin dijarakkan selepas ini.

Datuk Dr. Noor Hisham berkata, ia mungkin akan diadakan secara berkala mulai minggu depan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini dan kita tetap akan menjalankan atau memberikan maklumat yang terkini.

“Tetapi mungkin minggu depan kita akan jarakkan sidang akhbar (secara berkala),” katanya pada penghujung sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementeriannya petang ini.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada semua barisan hadapan media yang telah bekerja keras untuk bersama-sama menjayakan dan memutuskan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara sebelum beredar bersama pasuka pegawai kanan Kesihatan lain meninggalkan dewan tersebut.

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close