MalaysiaSetempat

Tak puas hati bil elektrik tinggi, fail tuntutan kepada TTPM

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Pengguna yang tidak berpuas hati dengan bil elektrik yang melambung tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu adalah alternatif selain penyaluran aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga.

“Isu bil elektrik yang tinggi semasa PKP memang dalam perhatian kita. Kita sedar ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati.

“Buka fail di TTPM dengan bayaran fi RM5 dan kes akan diadili sebaiknya,” kata Rosol di sini hari ini.

Menurutnya, TTPM telah menerima dua tuntutan termasuk satu berkaitan kenaikan luar biasa bil elektrik yang difailkan pada 5 Jun lepas.

Isu kenaikan bil elektrik hangat dibincangkan oleh rakyat khususnya menerusi media sosial, yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan kerana terlalu tinggi berbanding sebelumnya.

TTPM yang ditubuhkan pada 15 November 1999 menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan dengan kes boleh diselesaikan kurang daripada 60 hari.

Badan itu juga membolehkan pengguna memfailkan tuntutan tebus rugi terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan yang tidak menepati apa yang diiklankan dengan amaun tidak lebih RM50,000.

Source
Sinar HarianBernama
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close