MalaysiaSetempat

Guru perlu adun dua kaedah pengajaran

Pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan perlu mengejar masa pembelajaran dalam tempoh yang terhad. –

KUALA LUMPUR: Guru boleh menambah baik kaedah pengajaran seperti menjajar semula kerangka kurikulum untuk mengejar output pembelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata penyesuaian kaedah itu perlu dibuat memandangkan murid ketinggalan hampir satu per tiga daripada keseluruhan kurikulum, selepas sekolah ditutup selama 52 hari, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Katanya, langkah penjajaran semula kerangka kurikulum itu ialah menggabungkan kaedah pemberian tugasan kerja rumah, manakala pembelajaran teras masih dikendalikan guru di sekolah.

“Sejak sekolah mula dibuka awal tahun ini, murid sudah melalui 11 minggu waktu persekolahan atau 30 peratus daripada keseluruhan kurikulum.

“Tetapi, berikutan COVID-19, murid ‘kehilangan’ kira-kira 36 peratus daripada keseluruhan kurikulum yang tidak diadakan di sekolah atau secara bersemuka dengan guru, sebaliknya pembelajaran dilaksanakan di rumah.

“Sekiranya kita andaikan bahawa sifar liputan pembelajaran yang dapat dibuat terhadap 36 peratus kurikulum ini, guru harus tebus semula sukatan pendidikan ini.

“Oleh itu, kita akan buat secara kaedah adunan atau sisipan menerusi kerja rumah kepada murid bagi memastikan ‘tempoh sela’ pembelajaran berikutan pandemik COVID-19 ini dapat ditebus semula, berdasarkan baki masa yang diperuntuk tahun ini,” katanya, malam ini.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara yang disiarkan secara langsung oleh akhbar tempatan.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close