JenayahMalaysia

Pegawai kanan narkotik direman bantu siasatan kes rasuah

CHUKAI – Seorang pegawai kanan bahagian narkotik di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini direman enam hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali semasa membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumbers suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan secara rasuah meminta dan menerima RM30,000 sebagai dorongan meringankan kesalahan seorang individu yang ditangkap polis atas kesalahan pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.Dia ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kemaman, semalam.

Source
Malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close