Malaysia

Guan Eng diperintah bayar RM1 juta wang jamin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Seksyen KL hari ini membenarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta.

Hakim Azura Alwi memerintahkan beliau membayar RM500,000 pada hari ini dan bakinya pada Isnin minggu hadapan.

Selain itu, hakim juga memerintahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah hari ini.

Guan Eng didakwa telah meminta sogokan sebanyak 10 peratus sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan didakwa melakukan kesalahan tersebut berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan itu dibuat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer manakala SPRM pula diwakili pasukan pendakwaan Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Nik Haslini Hashim dan Farah Yasmin Salleh.

Guan Eng juga kelihatan tenang sambil dipeluk beberapa kali oleh pemimpin DAP dan masih lagi kelihatan berbincang sesuatu dalam kalangan mereka.

Sebutan kes ditetapkan pada 9 September depan.

Source
Malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close