JenayahMalaysia

Peniaga Didakwa sembunyi 216,500 pelitup muka

PETALING JAYA, 7 Ogos  — Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac lepas.

Teoh Khai Lin, 40, bagaimanapun. mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Teoh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa menyembunyikan barangan itu daripada dijual di pasaran di sebuah premis di Kota Damansara, di sini, pada jam 2.15 petang, 25 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seskyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Atiqah Abdul Karim@Husaini menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagimanapun, peguam Nur Hannan Ishak, yang mewakili tertuduh, merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung ibu bapa, memberi kerjasama baik ketika ditahan selain perniagaannya merosot kerana Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept  ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Source
Bernama
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close