JenayahMalaysiaSetempat

RUPA-RUPANYA PENGEDAR DADAH

#PKPP #COVID-19

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RUPA-RUPANYA PENGEDAR DADAH

Petaling Jaya, 9 Ogos 2020 – Penjenayah nekad merempuh kenderaan polis untuk melepaskan diri daripada ditahan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 21 tahun ditahan untuk pemeriksaan kerana memandu dalam kcadaan mencurigakan.

“Ketika cuba diperiksa, lelaki berkenaan mengundurkan kereta dan merempuh kenderaan polis.

“Melihat tindakan suspek yang begitu agresif polis kemudian melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek,” katanya.

Tuan Nik Ezanee berkata, ketika proses tangkapan, suspek sekali lagi bertindakan agresif dan berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum ditahan.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan menemui beg silang yang mengandungi 20 peket dadah jenis heroin seberat 20 gram.

“Susulan tangkapan suspek, polis kemudian membuat serbuan jam 5 petang di rumah di Jalan USJ 13/5E di Subang Jaya dan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya.

Menurutnya, polis juga menemui dadah jenis syabu seberat 140 gram, daun ganja kering, pil ekstasi dan heroin bernilai RM48,480.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Source
Facebook : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close