Malaysia

‘Itu bukan suara saya’

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai pemilik suara di sebalik klip audio yang mengulas mengenai kempen pengutipan dana untuk setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

“Saya mendapat pesanan yang meminta untuk mengesahkan rakaman suara yang membuat komen mengenai kes Guan Eng yang sedang berjalan.

“Itu bukan saya,” kata Rafizi di Twitter.

Rafizi, yang berundur dari politik pada Disember 2019, juga menambah bahawa dia tidak pernah memberikan komen mengenai politik atau tokoh politik dan dia tidak mempunyai rancangan untuk melakukannya.

Dalam klip audio itu, seorang lelaki didengar mengatakan bahawa Lim tidak perlu memberi rasuah dalam projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang apabila DAP dapat mengumpulkan berjuta-juta dana dalam beberapa hari untuk membayar wang jaminannya.

“Apa perlunya Guan Eng bersusah payah meminta rasuah RM3.3 juta kerana mereka fitnah (memfitnahnya) kerana dia tidak perlu meminta wang pun, dia mendapat hampir RM3 juta dalam dua hari,” kata suara dalam klip audio itu.

“Orang memberinya wang tanpa dia meminta atau merayu. Jadi, adakah dia perlu meminta rasuah? Fikirkan,” kata klip audio itu.

Source
Malaysiakini
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close