JenayahMalaysia

Padah lepak tak jaga penjarakan fizikal

Individu dikenakan kompaun selepas didapati tidak mengamalkan penjarakan sosial . FOTO ihsan Polis

TIDAK menjaga penjarakan fizikal ketika melepak membawa padah terhadap 38 individu apabila mereka dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi yang diadakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Butterworth, malam tadi.

Dalam operasi pemantauan pematuhan pada jam 10.30 malam itu didapati kesemua mereka jelas melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika disoal kesemua mereka juga gagal memberikan sebab dan alasan munasabah berada di kawasan berkenaan.

“Polis dapati 37 lelaki dan seorang perempuan sedang berhimpun tanpa alasan munasabah di kawasan R&R itu.

“Oleh itu, kompaun RM1,000 dikeluarkan kepada setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP PKPP iaitu berhimpun tanpa mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan di Butterworth, hari ini.

Noorzainy berkata, polis menasihati masyarakat tidak mengambil mudah mengenai SOP dan berasa selesa dengan situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close