
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berucap pada Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja di Kawasan Bandar Baru Sungai Buloh di Dewab Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2020
SUNGAI BULOH – Para peniaga yang sudah lama beroperasi di Bandar Baru Sungai Buluh mendakwa mereka menjalani perniagaan dengan aman sehingga berlaku campur tangan dorang luar.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman tidak menjelaskan ‘campur tangan asing’.
Namun beliau menyifatkan peristiwa yang hangat diperkatakan dan tular baru-baru ini melibatkan ketidakpuasan hati susulan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap penjaja di kawasan berkenaan adalah berpunca apabila pihak tertentu tidak faham isu sebenar.
“Peristiwa yang berlaku adalah kerana ada yang tidak faham apa sebenarnya isu. Saya perjumpa peniaga pada 8 Ogos berdialog dengan mereka, peniaga mengakui berniaga lebih 10 tahun dalam keadaan aman sehingga berlaku campur tangan orang luar,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Program Penyusunan Semula Peniaga / Penjaja Di Kawasan Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam.
Ujar beliau, selama ini MBSA sentiasa membantu peniaga mahupun penjaja dalam memberikan kelulusan untuk beroperasi meskipun berhadapan dengan tugas yang mencabar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik dalam menangani isu semasa.
“Selama ini kita (MBSA dan peniaga) saling membantu. MBSA dan MBPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya) antara PBT yang terbaik dalam Selangor, sebab itulah perbezaan menjadi Bandaraya dengan Majlis Daerah dan Perbandaran ada tugas dan peraturannya supaya keharmonian pembangunan di kawasan tersebut (tertentu) dapat dijaga,” katanya.
Pada 8 Ogos lalu, Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid membuat pendedahan melalui laman Facebook yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Penmdedahan tersebut yang tular menyaksikan beberapa pegawai penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.