MalaysiaPolitic

Tiada sebab khianati parti – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak ada sebab untuk beliau mengkhianati parti yang ditubuhkannya sendiri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, beliau yakin segala apa yang telah berlaku pasti ada hikmahnya.

“Jangan kita lupa, kita sekadar merancang, tetapi Tuhanlah yang menentukan.

“Dahulu Tun Dr Mahathir (Mohamad) bersama-sama dengan kita. Saya tak boleh nafikan sejarah sumbangan Tun Dr Mahathir kepada parti kita.

“Saya hormat kepada beliau sebagai bekas pemimpin parti. Orang yang dekat dengan saya pasti tahu betapa hormatnya saya kepada Tun Dr Mahathir.

“Saya dan kita semua pastinya berasa sedih kerana beliau tidak lagi bersama-sama kita. Tak mengapalah. Beliau memilih haluannya sendiri. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya dalam perutusan khas sempena sempena Persidangan Angkatan Muda Bersatu (ARMADA), Srikandi dan Bahagian BERSATU yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasminya di sini, hari ini.

Muhyiddin yang memangku Pengerusi BERSATU berkata, apa yang penting perjuangan parti mesti diteruskan.

Katanya, pemimpin datang dan pergi, tetapi wadah perjuangan parti mesti terus dipertahankan.

“Saya sendiri pun melalui fasa jatuh dan bangun dalam politik. Ada kalanya saya di atas. Ada kalanya saya di bawah. Itu adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan saya yang mesti saya terima seadanya,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close