Covid-19NewsWorld

Russia hasilkan kumpulan pertama vaksin

MOSCOW: Russia hari ini berkata, ia sudah mengeluarkan kumpulan pertama vaksin COVID-19 selepas Presiden, Vladimir Putin mengumumkan bahawa ia adalah vaksin yang pertama di dunia yang diluluskan.

Begitupun, pengumuman Putin mendapat perhatian dari saintis dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan ia masih memerlukan kajian keselamatan yang ketat.

“Kumpulan pertama vaksin COVID-19 dicipta oleh institut penyelidikan Gamaleya kini sedang dihasilkan,” kata kementerian kesihatan Russia dalam satu kenyataan.

Putin berkata, vaksin itu selamat dan salah seorang anak perempuannya sendiri turut disuntik walaupun ujian klinikal belum lengkap dan ujian peringkat akhir yang membabitkan lebih 2,000 orang baharu bermula minggu ini.

Wujud kebimbangan dari saintis Barat mengenai vaksin yang dihasilkan dengan begitu cepat sama ada ia berbahaya, namun Russia menganggap kritikan sebagai usaha untuk melemahkan penyelidikan Moscow.

Vaksin Russia dikenali sebagai ‘Sputnik V’ dicipta oleh institut penyelidikan Gamaleya untuk epidemiologi dan mikrobiologi di Moscow dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Russia.

Ketua institut Gamaleya, Alexander Gintsburg, berkata sukarelawan yang mengambil bahagian dalam ujian akhir keselamatan dan keberkesanan vaksin akan mendapat dua suntikan.

Russia berkata, pengeluaran perindustrian dijangka mulai bulan September ini dan ia merancang untuk menghasilkan lima juta dos setiap bulan menjelang Disember atau Januari.

Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko, berkata vaksin pertama kali ini akan disediakan untuk perubatan dan kemudian akan tersedia untuk semua rakyat Russia secara sukarela.

Dengan lebih 917,000 kes dijangkiti COVID-19, Russia kini negara keempat paling dijangkiti di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Ketika ini, seramai 92,000 dimasukkan ke hospital dengan 2,900 dirawat di unit rawatan rapi, menurut kementerian kesihatan.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close