NewsWorld

Hanoi sedia WI-FI percuma di kawasan pelancongan

HANOI, 25 Ogos  — Hanoi merancang untuk menyediakan Wi-Fi percuma di semua lokasi pelancongan di empat daerah dan satu bandar, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Sistem Wi-Fi awam percuma itu akan dipasang oleh Vietnam Posts and Telecommunication (VNPT) di kawasan pelancongan di daerah bandar Hoan Kiem, Ba Dinh dan Tay Ho, daerah terpencil di Ha Dong serta bandar Son Tay.

Jabatan Maklumat dan Telekomunikasi Hanoi meminta Jabatan Pelancongan, Jabatan Kebudayaan dan Sukan serta Jawatankuasa Rakyat tempatan bekerjasama dengan VNPT untuk memastikan pemasangan itu berjalan lancar. 

Pada 2017, Hanoi menawarkan akses Wi-Fi percuma di sekitar destinasi popular seperti Tasik Hoan Kiem, kota bersejarah Thang Long, Pagoda Huong dan perkampungan kraf seramik Bat Trang.

Source
Bernama
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close