Covid-19Malaysia

PKPD secara pentadbiran di Aman Jaya mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPDP) di Aman Jaya, Kedah susulan kes penularan Covid-19.

PKPD itu berkuatkuasa jam 12.01 malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan melibatkan tiga zon di Aman Jaya iaitu Kenanga, Mawar dan Melur

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPDP itu melibatkan 22,360 isi rumah (265 rumah) dan kesemua akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penduduk di zon terlibat tidak dibenarkan keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki zon terlibat.

Oleh itu, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terlibat.

Individu yang perlu keluar untuk bekerja tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPDP, berikutan itu majkan mereka diminta untuk mengambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah.

”Tempat awam seperti masjid dan rumah ibadat serta sekolah dan taska diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPD. Hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti kedai makan, kedai runcit dan warung serta stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja.

”Premis perniagaan lain dan kilang adalah dilarang untuk beroperasi. Restoran, kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah take away sahaja dan hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

”Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga 8 malam sahaja. Begitu juga stesen n minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja,” katanya.

Operasi pasar malam dan pasar tani adalah tidak dibenarkan, hanya pasar harian dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 2 petang sahaja.

Bagaimanapun, hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah sahaja dibenarkan untuk keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.

Cuma, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu. – MalaysiaGazette

Source
Malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close