MalaysiaSetempat

Terperangkap di tengah ‘kepala air’

Tiga pengunjung tempatan terperangkap di atas batu di tengah Sungai Kedamaian, sebelum di selamatkan pasukan bomba di Kampung Malangkap, Kota Belud. – Foto ihsan pembaca

KOTA BELUD: Tiga pengunjung termasuk dua beranak berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir dua jam di atas batu di tengah sungai kawasan pelancongan di Kampung Malangkap di sini, petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 11 tahun hingga 38 tahun terbabit dilaporkan selamat selepas dibantu pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.40 petang dan seramai sepuluh anggota bergegas ke lokasi beserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, paras Sungai Kadamaian didapati meningkat mendadak selepas hujan lebat reda di hulu sungai terbabit.

“Difahamkan, mangsa dikatakan sedang mandi sebelum ‘kepala air’ secara tiba-tiba merempuh lokasi mengakibatkan paras sungai meningkat mendadak.”

“Arus sungai yang deras dan bertukar keruh menyebabkan mereka gagal untuk kembali ke tebing sungai dan terperangkap di atas batu yang berada di tengah sungai,” katanya.

Muhammad Syazwan berkata, pasukan bomba menggunakan tali khas dan menyeberangi sungai untuk mendapatkan mangsa satu persatu sejauh 15 meter untuk dibawa ke tepi sungai.

“Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa selama sejam manakala salah seorang mangsa berusia 11 tahun dihantar ke hospital Kota Belud akibat suhu badan rendah (hypothermia),” jelasnya.

Muhammad Syazwan berkata, operasi ditamatkan jam 4.50 petang.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close