Malaysia

Gelaran Mejar China dihidupkan semula di Johor

KUALA LUMPUR – Gelaran Mejar Cina yang pernah dikurniakan Sultan Abu Bakar di Johor sebelum ini dihidupkan semula sebagai kesinambungan sejarah Johor moden.

Justeru, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik pengurus ladang sawit Mado’s, David Wong Khong sebagai Mejar Cina berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli berkata, Mejar Cina Wong yang berketurunan Wang Ah Fook akan menjalankan tugas dan bekerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim dan lain-lain Yayasan Diraja Johor serta pegawai daerah, wakil rakyat, penghulu dan ketua masyarakat dalam mengenalpasti penerima, menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan bantuan keperluan makanan kepada bangsa Johor khususnya masyarakat Cina.

“Dalam menjalankan tugas itu, Mejar Cina Wong tidak disifat sebagai wakil raja. Beliau tidak dibekalkan dengan apa-apa kuasa, hak, imbuhan, kemudahan atau keistimewaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close