Malaysia

Kegiatan terbesar rasuah di negara ini dipercayai kalangan orang politik – Abu Kassim

PUTRAJAYA – “Jika hendak mereformasi negara daripada terus bebas rasuah, kita perlu lakukannya bermula dari ahli politik terlebih dahulu.

“Ahli politik di negara ini perlu bebas rasuah sebagai langkah permulaan untuk mencapai negara bebas rasuah.”

Begitulah kata-kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed ketika menyampai ucapan sempena Forum Anti Rasuah Malaysia ke-2 anjuran Institut Strategik Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.

Kata Abu Kassim, Malaysia sebenarnya antara negara yang begitu konsisten dalam memerangi rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di perkenalkan pada 1995.

“Ketika itu boleh tahan pencapaian kita, kita dapat capai sehingga 5.2 mata, namun menurun pada tahun-tahun selepas itu.

“Pada 2019 dalam usaha memerangi rasuah ini kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) telah memperkenalkan 115 inisiatif perangi rasuah di negara.

“Kita berani dedahkan, berani memberikan nasihat yang mana ianya menjurus kepada itegriti ahli-ahli politik ini sendiri, antara subjek paling susah dan sukar ialah ‘political donation’. Sumbangan politik ini kita perlu tahu apakah sumbernya, bagaimanakah ianya digunakan.

“Kerana itu juga kita mohon supaya semua ahli politik ini dedahkan aset-aset mereka. Sebenarnya kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.

“Yang perlu kita ubah dan lakukan transformasi pertama adalah ahli politik,” katanya di Hotel Everly Putrajaya sebentar tadi.

Pada penghujung Januari lalu, Transparency International (TI) mengumumkan CPI Malaysia meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki tangga ke-51 daripada 61 pada 2018.

Dalam pada itu, dalam isu berbangkit yang lain, Abu Kassim pada pendapat peribadinya mencadangkan supaya pegawai kerajaan dilantik membarisi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya di ketuai oleh ahli politik yang masih aktif.

Malah kata beliau, sememangnya insiatif untuk tidak melantik golongan berkenaan  ke dalam GLC sudah ada dalam NACP ketika ianya dilancarkan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Ianya masih lagi di amalkan malah saya sudah beritahu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah bersetuju yang dilantik ke dalam GLC itu sepatutnya lebih profesional dan memiliki integriti tinggi.

“Dengan melantik pegawai kerajaan yang memiliki pengalaman serta integiriti tinggi, sememangnya pelantikan seperti itu juga akan di yakini oleh umum termasuk pemain industri dengan membawa hala tuju GLC dengan betul dan telus.

“Ramai dalam kalangan pegawai kerajaan atasan yang sebenarnya sangat tegas dalam menangani isu-isu berkaitan integriti dan rasuah ini sebenarnya. –MalaysiaGazette


Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close