Covid-19Malaysia

Lebih separuh petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 berjangkit daripada rakan setugas

KUALA LUMPUR – Terdapat peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan dari sektor awam dan swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan ini adalah membimbangkan kerana mereka memainkan peranan penting sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara.

Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpunca daripada penularan di kalangan mereka sendiri.

“Ini menyumbang sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes yang melibatkan petugas kesihatan, bermakna lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 telah berjangkit daripada petugas kesihatan lain.

Ujarnya, kebersihan kawasan guna sama seperti kaunter jururawat, tempat makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan perlu dijaga.

“Seperti yang sering ditekankan juga, KKM ingin mengingatkan semua petugas kesihatan KKM yang bertugas di hospital mahupun Klinik Kesihatan agar memakai alat pelitup muka jenis 3-ply sepanjang waktu bekerja.

“Petugas kesihatan juga perlu mengamalkan kebersihan tangan (hand hygiene), etika batuk (cough etiquette) dan memakai alat pelindung diri (Personal Protective Equipment, PPE) yang
bersesuaian mengikut keperluan semasa menjalankan tugas,” katanya.

Dalam perkara sama, beliau turut mengingatkan pengamal perubatan swasta supaya menggunakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai apabila menjalankan sebarang prosedur klinikal dan bagi kes yang disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close