JenayahMalaysiaSetempat

177 pelajar sekolah menengah positif dadah di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 177 pelajar sekolah menengah di Johor, dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang, berkata jumlah itu dikesan hasil ujian saringan dijalankan terhadap 10,132 pelajar Tingkatan Empat dan Lima membabitkan 280 sekolah di seluruh negeri oleh AADK sejak awal tahun ini.

“Pelajar-pelajar ini biasanya ada simptom yang boleh kita kesan (terbabit dadah). Walaupun angkanya tidak terlalu membimbangkan, kita seharusnya kena peka dan prihatin.

“Kita hendak sifar kes. Itu harapan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Transformasi Minda: Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Bagi Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah AADK Johor Azli Ubin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan negeri Omar Salleh.

Terdahulu, Mazlan dalam ucapannya, berkata jenis dadah yang disalahgunakan berbeza saban tahun, namun yang paling jelas terdapat peningkatan permintaan terhadap dadah sintetik seperti methamphetamine dan mahu semua pihak memainkan peranan agar masalah dadah dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close