#kitajagakitaInfoMalaysia

COVID-19: KMC kembali beroperasi

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Kedah (KMC) kembali beroperasi selepas ditutup sementara 10 September lalu.

Pengarah Perubatan KMC, Datuk Dr Kamaruzzaman Ali, berkata KMC beroperasi seperti biasa selepas proses pembersihan dan membasmi kuman di seluruh hospital dibuat secara menyeluruh.

Katanya, ujian sampel persekitaran yang diambil dari 50 kawasan hospital menunjukkan keputusan negatif iaitu tidak ada bukti jangkitan, manakala pengesanan awal kes COVID-19 hanya membabitkan kawasan bilik pembedahan (OT) dan tidak ada penularan jangkitan ke jabatan lain.

“Seramai 636 pekerja, perunding perubatan dan pekerja luar KMC juga sudah diperiksa dan disahkan bebas daripada jangkitan dan kini sudah kembali bekerja.

“Pembukaan semula hospital ini juga sudah mendapat persetujuan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN), berdasarkan fakta bahawa proses pembersihan KMC selesai dan sesuai dengan garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 10 September lalu, KMC menangguhkan operasinya selepas mengesan kes COVID-19 di salah satu jabatan perkhidmatannya.

Semua pekerja yang mempunyai hubungan dengan pesakit juga dikenal pasti dan menjalani kuarantin sesuai dengan panduan KKM.

Pesakit dinasihatkan untuk membuat janji temu untuk rawatan atau rundingan di Klinik pakar. Pelanggan juga boleh mendapatkan bekalan ubat melalui Top Up Perkhidmatan Penghantaran Rumah Ubat di 011-13348280 (9 am-5pm).

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close