Malaysia

Agong jalani rawatan di IJN, keadaan tidak membimbangkan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Baginda dimasukkan di Wad Diraja, IJN semalam selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.

Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan keadaan baginda tidak membimbangkan.

”Al-Sultan Abdullah dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang tiba di Kota Bharu semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah.

Tunku Azizah juga telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, katanya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia GAzette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close