IslamicNewsWorld

Austria tarik balik larangan pakai tudung

LARANGAN bertudung selama ini jelas melanggar hak kebebasan beragama. -AFP

AUSTRIA: Mahkamah Perlembagaan Austria menarik balik undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai tudung.

Lapor BBC, undang-undang itu selama ini mensasarkan pemakaian tudung terhadap orang Islam yang jelas melanggar hak kebebasan beragama.

Undang-undang itu berkuatkuasa semasa pemerintahan kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Parti Konservatif yang bersekutu dengan Parti Kebebasan berhaluan kanan.

Mahkamah turut berkata, pemakaian undang-undang itu meminggirkan kanak-kanak beragama Islam di negara itu.

Mahkamah turut menolak hujah pihak kerajaan bahawa larangan itu boleh melindungi kanak-kanak daripada tekanan daripada rakan sekelas dan menegaskan ia menghukum orang yang salah.

Jika perlu, negara itu perlu melakar undang-undang untuk menghalang sebarang bentuk pembulian terhadap jantina atau agama.

Undang-undang itu mula berkuat kuasa tahun lalu yang tidak menetapkan larangan bertudung melainkan melarang pemakaian pakaian agama yang berkaitan penutup kepala untuk kanak-kanak hingga usia 10 tahun.

Negara itu sebaliknya tidak melarang penutup kepala yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki Sikh atau Yahudi.

Presiden Mahkamah itu, Christoph Grabenwarter memutuskan larangan itu bertujuan mensasarkan pemakaian tudung oleh orang Islam.

“Larangan selektif ini diguna pakai secara eksklusif terhadap kanak-kanak perempuan Islam dan memisahkan mereka secara diskriminasi dengan pelajar lain,” katanya.

Source
Utusan Malaysia
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close