#kitajagakitaMalaysia

Banjir makin pulih di Terengganu, hanya 2 daerah masih terjejas

Sehingga jam 7 malam Isnin, seramai 1,999 mangsa masih berada di PPS berbanding 4,139 mangsa pada jam 4 petang. -Gambar fail

KEMAMAN: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dengan hanya beberapa kawasan di dua lagi daerah masih terjejas iaitu Kemaman dan Dungun.Banjir di daerah Hulu Terengganu dan Setiu pula telah pulih sepenuhnya, kata Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Cuaca yang cerah sejak pagi tadi menyaksikan penurunan mendadak jumlah mangsa yang terjejas sejak Khamis lalu.”Seramai 1,475 mangsa melibatkan 372 keluarga masih terjejas di Kemaman pada 7 malam berbanding 3,625 pada jam 4 petang.

Sebanyak 11 PPS juga masih dibuka di daerah berkenaan.”Di Dungun pula 13 PPS diaktifkan bagi menempatkan 524 mangsa melibatkan 372 keluarga,” katanya.Gelombang keempat banjir yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu menyaksikan hampir 8,000 mangsa telah terjejas dengan Kemaman merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu lebih 6,000 orang.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close