MalaysiaSetempat

Jaga diri, jaga keluarga – MB Pahang

KUANTAN: Penduduk Pahang yang menjadi mangsa banjir diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan pengawasan keselamatan, terutama warga emas dan kanak-kanak.

Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ia berikutan sembilan daerah di negeri itu dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

“Saya berharap semua terbabit mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan pengawasan keselamatan.

“Patuhi arahan pihak berkuasa dan doakan supaya Allah menjauhkan kita daripada bencana,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Rosdy turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Batu Talam, Raub yang menempatkan lima keluarga mangsa banjir dan penduduk di Taman Amalina Perdana.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close