Covid-19Malaysia

Malaysia catat 53 zon merah

KUALA LUMPUR – Minggu pertama tahun baharu menyaksikan peningkatan drastik zon merah Covid-19 di seluruh negara.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan memaklumkan zon merah Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi dengan 53 kawasan sudah dikategorikan zon merah.

Menerusi data yang diberikan CPRC mendapati Semenanjung Malaysia mencatatkan 36 zon merah manakala Sabah mencatatkan 16 zon merah dan Labuan juga masih dikategorikan sebagai zon merah.

Sehingga semalam, sembilan daerah di Selangor masih dikategorikan sebagai zon merah dengan daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 3,942 diikuti daerah Hulu Langat dengan 1,830.

Petaling dengan 1,603kes, Gombak 968, Kuala Selangor 357, Kuala Langat 377, Sepang 559, Hulu Selangor 66 dan Sabak Bernam 59 kes.

Turut mencatatkan keseluruhan kawasan zon merah adalah empat mukim di Kuala Lumpur dengan Lembah Pantai 1,868 kes, Titiwangsa 814, Kepong 918, dan Cheras dengan 545 kes positif Covid-19.

Melaka juga masih berada dalam negeri zon merah dengan 622 kes yang mana daerah Alor Gajah mencatatkan 322 kes, daerah Jasin pula 245 kes sementara Melaka Tengah 55 kes.

Seperti biasa, Sabah merekodkan zon merah tertinggi dengan 16 daerah dengan dua zon hijau dengan kosong kes.

Sabah semalam masih merekodkan 3,268 kes dengan 677 di Kota Kinabalu, Lahad Datu 399, Penampang 460, Tawau 323, Sandakan 289, Tuaran 119, Papar 154, Putatan 135, Ranau 111, Kota Belud 93, Keningau 91, Semporna 46 kes, Tambunan 56, Kinabatangan 52, Kunak 45 dan Sipitang 44 kes positif Covid-19.

Dua zon hijau di Sabah adalah Tongod dan Nabawan dengan sifar kes positif Covid-19.

Johor pula masing kekal dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes melebihi 40 kes iaitu Johor Bahru dengan 1,611 kes, diikuti Kluang 711 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 207, Batu Pahat 115, Pontian 112 kes, Kulai 92 kes dan Muar yang naik mendadak dengan 392 kes positif Covid-19.

Pulau Pinang juga menghampiri negeri zon merah apabila daerah Seberang Perai Utara mencatatkan 37 kes di zon jingga.

Empat zon merah di negeri itu adalah daerah Timur Laut dengan 411 kes, Barat Daya 390, daerah Timur Laut 411, dan Seberang Perai Selatan dengan 175 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 67 kes, Kinta 129 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 62 kes.

Tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Pahang masing-masing masih mencatatkan satu zon merah.

Daerah Kota Bharu dengan 219 kes, daerah Bentong dengan 436 kes, dan daerah Kota Setar dengan 74 kes.

Negeri Sembilan mencatatkan dua zon merah iaitu daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 777 kes, diikuti dearah Jelebu dengan 64 kes.

Sarawak mencatatkan pengurangan kes positif Covid-19 kepada 11 kes berbanding 12 pada 1 Januari lalu.

Negeri itu semakin menghampiri negeri zon hijau dengan lima di Kuching, tiga kes di Meradong, dua kes di Bintulu, dan satu kes di Lawas.

Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dikategorikan sebagai zon merah dengan 65 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 172 kes.

Perlis masih dikategorikan sebagai zon hijau dengan sifar kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette

Source
malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close