MalaysiaPolitic

RoS tolak pendaftaran Pejuang

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali selepas menerima satu surat yang dikeluarkan jabatan itu semalam.

Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat itu pada pukul 5.45 petang.

Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2, pagi ini.

Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu. – MalaysiaGazette

Source
malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close