MalaysiaPolitic

Setiausaha Agung akan keluarkan kenyataan – Muhyiddin

Petaling Jaya: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengeluarkan kenyataan berhubung hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berakhir sebentar tadi.

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri berkata, barisan kepemimpinan Bersatu membincangkan pelbagai isu melalui mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

Sebaliknya beliau berkata, Hamzah akan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan selepas ini.

“Setiausaha Agung akan mengeluarkan kenyataan rasmi… kita membincangkan banyak perkara,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya mesyuarat MPT Bersatu di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, di sini.

Terdahulu, mesyuarat MPT Bersatu berlangsung lebih tiga jam bermula 8.45 malam dan berakhir sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata mesyuarat berjalan dalam suasana baik.

Beliau berkata, kenyataan rasmi mengenai hasil mesyuarat hanya akan dikeluarkan esok (hari ini).

“Alhamdulillah….mesyuarat berlangsung dalam keadaan ‘good mood’,” katanya.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close