MalaysiaSetempat

Maran, Lipis teruk terjejas banjir

KUANTAN: Maran dan Lipis antara sembilan daerah yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda Pahang ketika ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid, berkata setakat ini, pihaknya bersama keseluruhan agensi kerajaan melaksanakan kerja pembersihan sejak minggu lalu.

Katanya, setakat ini pelaksanaan kerja pembersihan sisa banjir di Kuantan sudah hampir selesai keseluruhannya.

“Namun, di Maran iaitu di bandar Maran dan kawasan sekitarnya serta Lipis terutama di kawasan Benta yang terjejas teruk memerlukan tempoh lebih seminggu untuk kerja pembersihan.

“Ini kerana kebanyakan rumah mereka dinaiki air sehingga paras bumbung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas banjir di Temerloh, beliau berkata, pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mula memasuki kawasan yang terjejas di bandar Temerloh dan Mentakab selepas air surut, kelmarin.

Katanya, keseluruhan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Alam Flora Sdn Bhd bertungkus lumus membantu.

“Kita harap kerja pembersihan dapat berjalan lancar kerana banyak jentera yang diperlukan untuk memastikan kawasan yang terjejas banjir kembali pulih,” katanya.

Source
bharian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close